Khabar Duka, Isteri Datuk Ahmad Tarmimi Siregar Meninggal Dunia Jam 2 Hari Ini. Al Fatihah
Isteri Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, meninggal dunia akibat masalah pernafasan
Hari ini dilaporkan, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, meninggal dunia akibat masalah pernafasan kira-kira jam 2 pagi di kediaman mereka di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur.
Pelakon dan pengarah itu menjelaskan bahawa, keadaan kesihatan isterinya mula merosot sejak tiga tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) tujuh tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Ahmad Tarmimi Siregar berkata dia kali terakhir bercakap dengan arwah isterinya pada jam 11 malam tadi. Perkara ini telah sedari olehnya pada jam 4 pagi selepas dia selesai menunaikan solat tahajud dan mendapati isterinya yang berusia 64 tahun sudah tidak bergerak.
“Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.” Kata pelakon tersebut.
Malah, isterinya itu juga tidak mahu makan dan minum walaupun sudah dipujuk oleh pelakon itu sendiri. Arwah juga dikatakan sempat bercakap dan peluk anak bongsu mereka yang baru pulang dari kerja.
Menurut Ahmad Tarmimi, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor pada hari ini. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata dan mempunyai beberapa orang cucu.